Followers

Wednesday 5 September 2012

Food Feeder

Assalamualaikum...
Apa khabar?

Hari ni selepas bangun je tidur....MT duk tunggu abg posmen datang. Pantang bunyi kereta lalu depan umah....mesti pegi tengok....haha. Gaya mengalahkan tunggu abi datang umah time cintan-cintun dulu2...

Yeay...akhirnya, yang ditunggu2 tiba. Dalam pukul 2.30 petang....abg posmen hon2 depan umah. Sebenarnya, 2 hari yang lepas...MT ada order online food feeder untuk Tasneem (MT tukang order je, tukang bayar of coz laa abi). Sebenarnya dah lama MT cari food feeder...dah beberapa kedai MT servey...tapi yang jenis silikon ni tak ada...yang ada yang jenis jaring.So, terpaksa laa MT beli online...food feeder yang MT order ni jenama kidsme (Single pack (L) with pacifier clip) yang berharga RM33 + postage rm7=RM40 (agak mahal...harap2 berbaloi).. MT yang terlebih teruja nak Tasneem try guna good feeder tu.....tapi, tuan badan masa tu sedang enak dibuai mimpi. So, terpaksa laa tunggu Tasneem bangun....(tunggu lagi....)

Terpaksa tunggu Tasneem buka..
Yeay....I've already receive my new food feeder in this evening. Thanks abi bought me....so, i can feed and taste my meal by myself....
Tasneem sedang menikmati apple sambil menonton cartoon....So, mummy bolehlaa berblog tanpa gangguan... :)


Cara menggunakan food feeder:
Basuh dan steril kan semua part sebelum dan selepas digunakan. Masukkan buah @ sayur ke dalam  silicone sac. Kalau buah macam apple @ pear @ carrot @ brokoli, kena la stim dulu supaya lembut tapi kalau pisang @ betik, terus masukkan dan bagi Tasneem makan...
So, dengan food feeder ni dapat lah Tasneem makan solid food dengan sendiri...Tasneem dapat belajar cara memegang makanan. MT tak perlu risau, takut Tasneem tercekik, sebab sisa makanan masih lagi dalam silicone sac...(my baby could taste solid food and takes up vitamins and minerals which are needed in her growth...So, she could eat happily and joyfully)....ok lah....itu saja yang dapat MT share...

Ragam2 Tasneem

Saturday 1 September 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012/1433H

Assalamualaikum...
MT mohon maaf ye....agak lama MT tak update blog...
MT tak berkesempatan nak update blog sebab 
ye laa....bulan puasa hari tu...
sibuk jual kueh di bazar Ramadhan..
Banyak tempahan baju n kuih...
hahaha....idok laa ye...bohong je tu...Busy macam handle bisness beribu2.....
MT ada masalah yang tak dapat dielakkan,
masalah kesihatan (ye laa...first time berpuasa sebagai BF (breast feeding) mom dan Tasneem pulak nak DF (direct feeding) je. Reject EBM (expressed breast milk) n botol. Masa mula2 tu terasa cepat letih, kadang2 baru separuh hari puasa...dah rasa haus sangat2 dan mula laa duk kira jam...hahaha....bak kata abi cam budak2......)
dan dengan masalah line internet..

Harap belum terlambat untuk MT sekeluarga
ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN...

First Raya sebagai Mami dan Abi Tasneem....

* harap2 belum terlambat ye entry post ni...walaupun dah 14 Syawal 1433H...masih dalam bulan Syawal lagikan...kira mode raya laa kan... :)

Wednesday 15 August 2012

Persediaan MT untuk Tasneem (6bulan+)

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

  • Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yang tinggi
  2. Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sebagai sumber tenaga
  3. Zat besi bagi mencegah anemia


Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN


Minggu 1

Tekstur
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI

Minggu 2-4


Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)


7 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju


9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)



    Kredit to http://herneenazir.com/ dan http://ekinata.blogspot.com/
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath Anniversary tickers

    Lilypie First Birthday tickers