Followers

Thursday 21 June 2012

Untukmu Sayang

Sajak ini MT nak dedikasikan untuk pengarang jantung hati MT....
siapa lagi kalau bukan  
Wan Tasneem Amani....

My Cik BamBam


Sayang,
Mami sentiasa ada bersamamu,
Tak kira waktu susah mahupun senang,
Mami sentiasa menyokongmu...

Dikala kau jatuh,
Mami ada disisimu untuk kau berpaut,
 Dikala kau sakit,
Mami ada untuk merawatmu,
Dikala kau sedih,
Mami ada untuk menenangkanmu,
Di kala kau gembira,
Mami juga tumpang gembira..
Ini kerana kesakitanmu,
Adalah kesakitanku...
Kesedihanmu adalah kesedihanku jua... 

Tapi sayang,
Seandainya menangis boleh buat kau tenang,
Menangislah sayang...
Menangislah sepuas hatimu ,
Mami nak kau tahu,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Seandainya kau tersilap percaturan,
Mami akan cuba perbetulkan,
Cukuplah kau tahu, 
Yang kasih dan sayangku hanya untukmu...

Wahai anakku,
Peganglah tanganku seeratnya,
dunia ini berputar ligat....


Yang Menyayangimu,
Mami



P/S: Maaf la kalau sajak ini tak menjadi....MT tak pandai nak bermadah2 pujangga ni apatah lagi bersajak...entah kenapa hari ni....buang tabiat agaknya MT ni... :)

Wednesday 20 June 2012

Happy Birthday Abah

Hari ni 20 Jun 2012...
Hari ini salah satu hari yang istimewa buat MT,

Ulang tahun kelahiran Abah MT a.k.a Aki Tasneem yang ke 55..

♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪,
♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪,
♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to Abah/Aki♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

Abah, 
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki, 
diberikan kesihatan yg baik, 
dan diberkati Allah.
Amin.

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”


Thank You Allah for giving me such an awesome Abah .

 ~Love you~

Tuesday 19 June 2012

Milik Siapakah Parcel Ini?

Assalamualaikum semua...
Apa khabar? Harap2 semua sihat..

 Agak2 milik siapakah parcel ini?
Untuk siapa? Dari siapa?














Wah.....Tasneem got parcel??

Muka happy je....

 I'm so jealous..
Ye la..si kecik tenonet tu dapat parcel...Ini tak adil...
Ada sapa2 nak bagi MT tak? nanti MT pm alamat...haha

Sebenarnya 2 hari lepas Abi ada belikan something kat Tasneem  
secara online...
Ala.....siapa lagi nak bagi kat Tasneem kalau bukan Abi dia...
Kalau pakwe yang bagi...mau pengsan MT....kecik2 lagi dah berboyfie2 ni...
Abi pulak sejak2 ada girlfriend baru ni...asyik belikan hadiah untuk si dia je....
Agak2 apa ye si kecik ni dapat.....
Jom kita layan aksi si kecik dengan .................











Tasneem with new toys.. Musical Inchworm dan Jacque The Peacock..


Sebelum ni habis semua jari dimasuk ke dalam mulut. sekarang.........haha...keletahmu mencuit hati Mami..
Mana satu ni....nak main ke...nak tengok TV...MT just bagi Tasneem tengok channel Disney Junior dan TVIQ...
Mata dah ngantuk...tapi hati nak main dan tengok cartoon lagi...So, sebelum si kecik ni 'start enjin'....
Kena paksa tidur oleh Mami....tapi semua nak diangkutnya...Tapi, bila Tasneem dah nyenyak tidur...MT ambil toys dia semua...Takut lemas nanti....

Thanks abi...belikan toys untuk Tasneem..
"terima kasih daun keladi, nanti belikan lagi...."

P/S: kalau nak tengok lebih banyak mainan jenis lamaze leh klik LAMAZE

Monday 18 June 2012

Seindah Namamu

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?
 Hari ni MT kebosanan di rumah..Abi pergi kelas..(ye lah Abi kan part time student sekarang ni) dan Tasneem pula tidur....So, MT apa lagi ambil peluang ni berkhayal dan kenangkan memori daun pisang silam...terkenangkan memori masa preggy kan Tasneem...Itulah antara memori yang terindah yang MT tak dapat lupakan sampai bila2...terasa nak suruh Tasneem masuk balik dalam perut je..hahaha.boleh ke cam tu???

Once upon a time, 7 months preggy....my tummy was getting bigger and the little bun in the oven was always moving, playing and kicking.....i miss that wonderful moment....


Hah???Apa??Preggy adik Tasneem???hahaha....no...no...no....buat masa ni bukan masa yang sesuai...Lagipun banyak benda lagi MT nak kongsi dengan Tasneem dan banyak benda lagi Tasneem perlu belajar...So, MT nak tumpukan sepenuh perhatian pada Tasneem...(lagipun MT kan c'zer masa lahirkan Tasneem...sekurang2nya jarak 2 tahun untuk pulihkan tempat operate tu)...dan MT ada banyak perancangan yang nak dibuat bersama Tasneem serta dapatkan PHD in breastfeeding (mudah2an berjaya)...Tapi, andai kata perancangan Allah mengatasi perancangan kami...kami terima dengan hati yang terbuka...kerana sebaik2 perancangan, adalah perancanganNya...Dia yang Maha Mengetahui...

Masa preggy lagi MT dan abi dah carikan nama untuk bayi kami....Setiap kali scan, doktor kata jantina baby - gegel...dan naluri MT kata princess will coming..naluri keibuan terserlah dan selalu betul..hehe.....tapi abi macam nak boboy je (ye laa bila beli keperluan baby, abi tak bagi beli warna pink)....So, kami carilah 2,3 nama untuk gegel dan ada jugak nama untuk boboy...mana taw, kot2 doktor silap scan......ye la kan...rahsia Allah tiada siapa yang mengetahui...

Antara nama yang MT pilih untuk gegel ialah Wan Tasneem Amani, Wan Zara Rania atau Wan Amanda Tihani...tetapi nama2 tersebut perlu ditimbang tara (ye lah kalau triples leh guna semua nama tu....tapi ni single...So, satu je lah nama yang harus dipilih)  dan dikemukan ke mesyuarat PIBG dan akhirnya nama Wan Tasneem Amani telah memikat hempedu hati para juri....(bak kata nenek MT, nama tu lembut)..

Tasneem = Air terjun dalam syurga
Amani = ketenanganku
  
Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, merupakan suatu kesyukuran di atas nikmat Allah. Begitu jugalah dengan kurnian anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu bapa dalam menghadapi dugaaan yang pelbagai di dunia yang serba mencabar ini.
Andai kata Tasneem sudah pandai membaca, Mami dan Abi nak Tasneem tahu yang Tasneem adalah permata yang berharga untuk kami dunia dan akhirat...melalui Tasneem kami lebih belajar erti tanggungjawab dan lebih memahami erti kasih sayang ibubapa kami serta lebih menghargai pengorbanan mereka...Alhamdulillah, kami bersyukur di atas kurniaanMu ini, kami berjanji akan menjaga sebaik2nya amanatMu ini..Terima kasih Ya Allah..

Kami doakan Tasneem menjadi hambaNya yang selalu bersyukur di atas Kurniaan yang diberikan serta hamba yang sentiasa ingat kan Yang Maha Mencipta...kami berharap agar Tasneem menjadi seorang khalifah yang berguna kepada agama dan bangsa dan berjaya dunia dan akhirat..Kami juga berharap Tasneem menjadi anak yang solehah (yang boleh mendoakan kesejahteraan mami dan abi kelak) dan menjadi seorang  anak yang bertanggungjawab ..kami juga berharap semoga Tasneem menjadi seorang kakak yang penyayang, bertanggungjawab serta memberi tauladan yang baik buat adik2 (role-model)...

Wahai anakku, semoga sayang menjadi seorang yang menenang dan menyejukkan hati Mami dan Abi, seindah namamu sayang.....kami sayang Tasneem....No words can best describe how WE LOVE YOU..

Ya Allah....cantikkanlah akhlak dan peribadinya sebagaimana Engkau cantikkan rupa parasnya...Ameen

Sunday 17 June 2012

Selamat Hari Bapa (17 Jun 2012)

Selamat Hari Abi!!
Selamat Hari Abah!!
Selamat Hari Papa!!
Selamat Hari Ayah!!
Selamat Hari Babah!!
Selamat Hari Daddy!!
Selamat Hari Walid!!
Selamat Hari Bapa!!
Cilok dari Incek Google

Tak kiralah siapa anda.....sama ada Abi, Abah, Papa, Ayah, Babah,Walid, Daddy, ataupun Bapa.....yang penting anda seorang yang istimewa di hati insan yang bergelar anak.....

MT ingin ucapkan Selamat Hari Bapa kat semua bapa2 di dunia terutamanya Abah, Ayah dan Abi Tasneem....

Terima kasih Abah di atas segala2nya...Terima kasih di atas pengorbananmu mendidik dan membesarkanku...Jasamu sentiasa kukenang...
U always in my heart!!

Terima kasih Ayah....Walaupun kita tak sempat bersua...namun ku tahu yang Ayah adalah yang terbaik....Terima kasih di atas pengorbananmu membesarkan Abi Tasneem...Al-Fatihah....semoga roh Ayah aman di sana....Kelak, kita pasti akan bersua...hanya masa yang menentukan.........

Terima kasih Abi Tasneem...kerana Abi, Abi yang best dihati Tasneem..U always her "Superhero"....We always love you....
.
Kasihmu abah/ayah/abi tiada bandingan..
Tanpamu siapalah kami..

Saturday 16 June 2012

Terima kasih Bunga Lavenda

MT nak ucapkan terima kasih kat Bunga Lavenda...sebab sudi buatkan header untuk blog ni...sejak dari awal blog ini dilahirkan.....Nanti buatkan lagi ye.....

Siapa Bunga Lavenda?
Apa kaitan dia dengan MT?
Kenapa dia baik sangat nak buatkan header kat MT?

Sebenarnya Bunga Lavenda tu makcik angkat jiran sebelah umah MT eh tak lah...sebenarnya adik MT....haha...sebab tu bila MT minta tolong dia buatkan header, dia buat...dan ikut seperti apa yang MT nak......tu pun banyak kali edit.....adakah ini dikatakan membuli? Tak kot....apa salahnya adik tolong kakak kan....dan tak ada salahnya kalau kakak membuli adik sekali sekala....aku kan kakak....Tiba2 teringat iklan digi dulu...Aku kan abang...hahaha....U all ingat lagi tak iklan tu..klik sini kita recall balik...nak wat cam mana kan si kakak tak ada masa, tak pandai dan malas nak belajar benda2 ni semua...nak edit pakai adobe....lagipun...i'm so busy right now...hahaha...busy laa sangat... Nanti MT suruh Tasneem belanja Bunga Lavenda makan ye..hahaha

First header di awal kemunculan blog ini
Header baru selepas beberapa kali di edit..

Friday 15 June 2012

Mami, Saya Nak Mainan: Safety

Assalamualaikum semua,
Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry "Mami, Saya Nak Mainan: Skill Development". Dalam entry ini MT nak kongsikan pasal Safety atau keselamatan dalam memilih alatan mainan. Ia adalah salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan lebih2 lagi terhadap anak kita...Ini adalah hasil research MT berkaitan dengan Panduan mengelak kemalangan disebabkan alat permainan...sama2 lah kita manfaatkannya....supaya tidak menyesal di kemudian hari...

Panduan mengelak kemalangan disebabkan alat permainan

1. Pilih alat permainan selamat
- Sebelum membeli pastikan alat permainan sesuai dengan usia anak, minat dan tingkat kemahiran mereka.
- Apabila membeli baca label. Lihat bentuk, jenis bahan digunakan, ikuti panduan umur dan maklumat keselamatan yang tertera pada belakang kotak.
- Pastikan tiada benda kecil pada permainan yang boleh menyebabkan anak tercekik.

2. Periksa alat permainan yang boleh membahayakan kesihatan
- Periksa sekiranya alat permainan boleh rosak dan menjadi serpihan kecil sehingga menyebabkan tercekik.
- Segera perbaiki atau elakkan membeli alat permainan yang mudah rosak.
- Kanak-kanak tidak boleh bermain alat permainan bertali yang boleh menyebabkan mereka terjerut.
- Elakkan membeli alat permainan menggunakan elektrik bagi kanak-kanak di bawah usia lapan tahun.
- Alat permainan yang mempunyai hujung yang tajam boleh menyebabkan luka atau tertikam.
- Elakkan alat permainan mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan plumbum yang terdapat dalam cat.

3. Sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain
- Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain alat permainan bergerak, mempunyai bebola kecil, magnet, menggunakan bateri dan kuasa elektrik, bertali serta beroda yang boleh membahayakan mereka.

4. Pastikan alat permainan boleh digunakan dalam suasana selamat.
- Permainan bergerak tidak boleh digunakan berhampiran tangga, jalan raya dan kolam mandi. Ini kerana permainan ini boleh menyebabkan kematian dan kecederaan apabila kanak-kanak jatuh daripada alat permainan.
- Sentiasa berinteraksi dan membabitkan diri ketika anak-anak bermain kerana ini akan membuatkan permainan menjadi lebih bermakna.

5. Pastikan alat permainan disimpan di tempat selamat
- Ajar anak-anak untuk menyimpan alat permainan di tempatnya semula selepas bermain.

Cilok dari Inchek Google....pilihlah mainan yang selamat untuk anak kita..


p/s: Pastikan setiap mainan anak kita selamat dan ada tanda MC (Malaysia Conformity)

Sumber:

Thursday 14 June 2012

Mami, Saya Nak Mainan: Skill Development

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? MT terfikir nak belikan mainan/tambahkan koleksi mainan Tasneem...Agak2 apa ye mainan yang sesuai untuk Tasneem supaya dia lebih fokus dan leka dengan mainan tersebut....nanti senang sikit MT nak buat keje rumah/masak....kalau tak, dia nak orang sentiasa ada bersamanya...

Penting ke mainan untuk baby yang berusia 3 bulan ke bawah? Bagi MT penting mainan untuk Tasneem sebagai salah satu alat untuk membantu perkembangan Tasneem...Ini kerana bagi bayi seusia Tasneem, mainan adalah salah satu learning process..Selain itu, boleh merangsang deria penglihatan (melalui warna yang terang), deria sentuhan, deria rasa, deria pendengaran dan daya fokus serta dapat merangsang minda... 

Oleh itu,pada pendapat MT, pemilihan permainan anak-anak kecil perlu dititikberatkan. Ini kerana keselamatan dan kesusaian permainan seharusnya sesuai dengan usia anak kita..


Antara contoh jenis2 alatan permainan yang sesuai untuk bayi seusia Tasneem ialah:-
  • Jenis Rattle - dapat melatih fungsi koordinasi pancaindera Tasneem. 
Aki dan nanny belikan untuk Tasneem (bak kata parent MT kena belikan mainan yang berbunyi dan berwarna terang - supaya boleh rangsang daya pendengaran, penglihatan dan daya fokus Tasneem)
    • Jenis teethers/biting
    Abi belikan
    • Jenis Soft Toys
    Hadiah dari Kak Alisha
    • Jenis Hanging Toys
    Hadiah dari Kak Sofea
    • Jenis Texture Toys
    Freddie the Firefly texture toy
    Cilok dari Inchek Google
    •  Activity Mat
    Activity Mat, sampai tertidur Tasneem...penat bermain.


    Ini adalah hasil research MT....harap ianya dapat membantu kita semua...



                                       Developmental Baby Toys for 0-3 month olds
    For Senses
     texture toys,   soft toys
    For Eyes & Sight 
    mobiles,   activity mats
                      





    For Physical Skills
     

    activity mats
    activity centers

    activity toys

     



    For Hearing & Listening
    squeeze toys   rattles
    chime toys


                                     Developmental Baby Toys for 3-6 month olds
    For Developing Senses
    rattles  texture toys   soft toys



    For Mobility
    mobiles   activity mats
    activity centers
    For Eyes & Sight
    mobiles   activity centers
    material & board books
    bath toys





    For Hearing & Listening
    music toys   chime toys
    For Hands and Fingers
    rattles  soft toys   squeeze toys

    teethers  soft blocks teething rings


    Developmental Baby Toys for 6-9 month olds
    For Learning
    activity centers  rattles
       music toys  activity mats
    activity boxes
    material & board books
    chime toys
    For Hands & Fingers
    texture toys   rattles  
    building blocks   knob puzzles
    nesting cups   teething rings
    activity boxes   activity cubes
    bath toys   soft blocks
    squeeze toys


    Crawling; Walking & Mobility
    activity centers  push toys
    pull toys


    Developmental Baby Toys for 9-12 month olds











    For Crawling, Walking & Running

    balls   push toys   pull toys
    activity centers
    For Learning
    material & board books
    texture toys   music toys
    activity mats   activity boxes
    activity cubes




    For Hands & Fingers
    wooden blocks  
    knob puzzles
    stacking rings & cones  
    nesting cups
    soft blocks   bath toys

    water toys   building blocks


    Developmental Baby Toys for 12-24 month olds









    Mobility, Walking & Running

    ride-on toys   push toys,
     pull toys   balls

    For Learning

    basic puzzles   music toys
    toy telephone   activity boxes

    material & board books
    activity cubes



    For Fingers & Hands
    knob puzzles   stacking rings & cones
    hammer toys   wooden blocks
    spades & buckets   nesting cups
    building blocks   bath toys
    texture toys   water toys  basic puzzles


    Things Your 12-18 months baby do:


    Standing
    - Baby holds onto furniture...
    - But can get into standing position from sitting
    - Walking when baby's hand is held is easy...
    - .... and eventually develops into walking alone... one of the great achievements! What a great day to remember!- At this stage Baby starts pushing and pulling toys...
    - ... and even starts climbing onto and over objects.

    Hands
    - Baby starts scribbling... but grips with thumb and forefingers

    Toys
    -Baby definitely plays much more constructively
    - .... and can puts toys in and take them out of containers
    - starts turning pages of book
    - also.... builds 2-4 block towers

    Speech
    - an important stage is where Baby consistently uses 5 - 7 words ...
    -....while stillimitating single words...
    -...and 2 word sentences

    Other
    - Baby starts following simple commands
    -and recognizes pictures and some body parts
    - as well as drinks from cup...
    - ...and can sit on a toilet


    Bagaimana pula dari segi keselamatan? Bagi MT ada sesetengah mainan ada yang membahayakan anak-anak kita...MT rasa entry ni dah terlalu panjang...nanti mesti U all boring pula kan...So, kita jumpa di entry "Mami, Saya Nak Mainan: Safety".....Maaf ye kalau ada yang kurang....Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca entry ni..mana yang kurang MT mohon maaf...



    Wednesday 13 June 2012

    Perkembangan Tasneem Part 1

    Hari ni genap usia Tasneem 3bulan 2minggu 4hari...
    MT terasa nak check out perkembangan Tasneem di usia 3 bulan +
    3 month already (sorryla ye photo ni blur sikit)

    sumber: http://www.babycenter.com.my

    Carta Perkembangan Bayi

    Assalamualaikum
    Hari ni MT nak kongsi tentang Carta Perkembangan Bayi dari 1 bulan hingga 36 bulan...
    So, bolehlah kita lihat perkembangan anak-anak/bayi kita...

    Usia
    Keterampilan-keterampilan Utama
    Kerampilan-keterampilan yang akan dikuasai
    Keterampilan-keterampilan lebih lanjut
    1 bulan
    ·      Mengangkat kepala ketika berbaring tengkurap
    ·      Merespon suara.
    ·      Menatap wajah

    ·      Pandangan bayi untuk dapat mengikuti objek walaupun hanya beberapa saat.
    ·      Mengeluarkan suara: ooh dan aah
    ·      Dapat melihat pola berwarna hitam-putih
    ·       Tersenyum, tertawa
    ·       Menahan kepala pada 45 derajat.
    2 bulan
    ·      Suara: coo dan gumamam
    ·      Dapat mengikuti benda lebih lama
    ·      Mulai memperhatikan tangannya
    ·      Dapat mengangkat kepala dan menahannya untuk beberapa saat.
    ·      Tersenyum, tertawa
    ·      Menahan kepala pada posisi 45 derajat
    ·      Dapat membuat gerakan-gerakan yang lebih teratur (lebih halus)
    ·    Dapat menegakkan kepala dan menahannya agak lama
    ·    Kaki sudah cukup kuat untuk menahan beban ringan
    ·    Dapat mengangkat kepada dan bahu saat tidur dengan posisi tengkurap.
    3 bulan
    ·      Dapat mengenali wajah dan wangi tubuh orang yang biasa dekat dengannya (ibu )
    ·      Dapat mengangkat kepala dan menahannya dengan stabil.
    ·      Visual: dapat mengikuti obyek yang bergerak.
    ·      Dapat berteriak, nyerocos, dan tertawa kecil (terkekeh)
    ·      Memainkan ludah menjadi gelembung (balon)
    ·      Dapat mengenali suara orang-orang terdekat.
    ·      Dapat melakukan mini push-up.
    ·    Dapat berguling, dari tengkurap menjadi terlentang
    ·    Dapat berespon terhadap suara keras
    ·    Dapat mengarahkan kedua tangan untuk memegang mainan.
    4 bulan
    ·      Tersenyum, tertawa
    ·      Dapat mengangkat beban pada kakinya
    ·      Tertawa kecil (terkekeh) bila Anda berbicara dengannya
    ·          Dapat menggenggam mainan
    ·          Berguling, dengan posisi dari belakang ke depan
    ·        Meniru suara : “baba”, “dada”
    ·        Tumbuh gigi pertama
    ·        Mulai siap untuk makanan lunak selain ASI.
    5 bulan
    ·      Dapat membedakan warna-warna dasar (mencolok)
    ·      Mulai bermain dengan tangan dan kakinya.
    ·      Dapat mengenali namanya, terutama bila dipanggil
    ·      Berespon terhadap suara-suara baru yang datang padanya
    ·      Dapat berguling dari tengkurap ke depan dan sebaliknya.
    ·    Mulai dapat duduk sendiri beberapa saat.
    ·    Mulai memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya.
    ·    Mulai muncul kecemasan akan perpisahan dengan orang terdekat (biasanya orangtua)
    6 bulan
    ·      Dapat menoleh ke arah suara-suara baik benda maupun orang-orang di sekitarnya.
    ·      Menirukan suara atau bunyi-bunyian.
    ·      Berguling dari tengkurap ke terlentang dan sebaliknya.
    ·      Sudah siap untuk makan makanan lunak (tidak ASI Ekslusif lagi).
    ·      Dapat duduk sendiri tanpa sandaran.
    ·      Senang memasukkan benda-benda ke mulutnya.
    ·      Dapat memindahkan objek dari tangan satu ke tangan lainnya. (misal: dari tangan kiri ke tangan kanan).
    ·    Dapat melambaikan tangan (lambaian goodbye)
    ·    Dapat berdiri dengan berpegangan pada benda-benda di sekitarnya.
    ·    Dapat membenturkan dua objek (misalnya: mainannya saling dibenturkan)
    ·    Mulai mengerti benda-benda yang dipegangnya.
    8 bulan
    ·      Dapat berkata ”mama” dan ”dada”, kepada kedua orang tuanya (namun tidak spesific mama untuk ibu, dada untuk ayah).
    ·      Dapat  memindahkan benda atau mainan dari tangan yang satu ke tangan yang lainnya.
    ·      Berdiri dengan berpengangan
    ·      Merangkak
    ·      Dapat menunjuk benda
    ·      Mencari benda-benda yang disembunyikan.
    ·    Belajar untuk berdiri sendiri.
    ·    Dapat mengambil benda dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk (seperti menjepit).
    ·    Mulai dapat mengekspresikan keinginannya dengan bahasa tubuh (misalnya meminta susu dengan menunjuk tempat susu).
    9 bulan
    ·      Dapat berdiri dengan berpegangan.
    ·      Mulai mengoceh.
    ·      Mulai mengenali &mengetahui benda-benda disekitarnya.
    ·      Mulai mengeksplorasi/ berjalan sambil berpegangan.
    ·      Dapat minum dari gelas bertutup (sippy cup-gelas bertutup yang ujung tutupnya bercorong bolong-bolong seperti dot)
    ·      Dapat makan dengan menggunakan tangannya sendiri.
    ·      Dapat membeturkan dua benda yang ada ditangannya.
    ·    Bermain ciluk ba
    ·    Dapat mengatakan ’mama’ dan ’dada’ dengan tepat (mama kepada ibu dan dada ke ayah)
    10 bulan
    ·      Melambaikan tangan (goodbye)
    ·      Mengambil benda dengan ibu jari dan telunjuk seperti menjepit (menjumput)
    ·      Dapat merangkak dengan baik.
    ·      Mengatakan ’mama’ dan ’dada’ dengan tepat.
    ·      Dapat mengekspresikan keinginannya dengan gerakan
    ·    Dapat berdiri sendiri dalam beberapa saat
    ·    Dapat menaruh barang ke dalam tempat tertentu (misalnya kotak)
    11 bulan
    ·      Mengatakan ’mama’ dan ’dada’ dengan tepat.
    ·      Bermain ciluk ba
    ·      Dapat berdiri sendiri untuk beberapa detik.
    ·      Mengeksplorasi sekitarnya
    ·      Mulai mengerti ’tidak’ dan instruksi singkat lainnya (misalnya ambil,  itu)
    ·      Mulai suka menaruh atau memindahkan benda ke dalam tempat tertentu (misalnya kotak)
    ·    Mengatakan 1 kata lain selain ’mama’ dan ’dada’
    ·    Dapat membungkuk dari posisi berdiri.
    12 bulan
    ·      Meniru orang lain
    ·      Menyatakan keinginan dengan gerakan tubuh (seperti menunjuk, menggeleng, mengangguk)
    ·      Mulai berjalan beberapa langkah
    ·      Mengatakan 1 kata lain selain ’mama’ dan ’dada’
    ·    Berjalan sendiri
    ·    Membuat coretan dengan crayon
    ·    Mengatakan 2 kata lain selain ’mama’ dan ’dada’
    13 bulan
    ·      Menggunakan dua kata secara tepat seperti kata ’hai’ dan bye (dadah).
    ·      Mengambil benda sambil membungkuk
    ·      Senang melihat bayangannya (misalnya bercermin)
    ·      Dapat menahan tangan dan kakinya untuk membantu orang lain memakaikan pakaian padanya.
    ·    Menggabungkan kata dan gerakan untuk menyatakan keinginannya (misalnya susu sambil menunjuk tempat susu)
    ·    Dapat menggelindingkan bola.
    14 bulan
    ·      Makan dengan tangan
    ·      Dapat mengambil benda dari kotak/ mengosongkan kotak
    ·      Meniru orang lain
    ·      Sudah dapat berjalan dengan ditatah
    ·      Meniru permainan
    ·      Menunjuk anggota badannya saat ditanya (misalnya: dapat menunjuk kepala, telinga)
    ·      Dapat merespon perintah yang datang padanya (misalnya: cium ibu)
    ·    Dapat menggunakan sendok atau garpu.
    ·    Dapat memasangkan tutup dengan tempatnya.
    ·    Dapat mendorong atau menarik mainan sambil berjalan.
    15 bulan
    ·      Bermain dengan bola
    ·      Menguasai 3 kata dan sering digunakan
    ·      Berjalan mundur
    ·      Membuat coretan-coretan dengan menggunakan crayon
    ·      Dapat berlari
    ·      Mengadopsi kata ’tidak’ sebangai kata favorit.
    ·    Minta diambilkan barang-barang
    ·    Dapat meletakan jari didepan mulutnya dan mengatakan ’shh’
    16 bulan
    ·      Dapat membalik halaman buku.
    ·      Cenderung temper tantrum bila frustrasi/marah
    ·      Memiliki benda tertentu yang selalu ingin dipegangnya.
    ·      Mulai belajar mendaki/menaiki sesuatu
    ·      Dapat menumpuk 3 balok
    ·      Menggunakan sendok atau garpu
    ·      Belajar cara yang tepat untuk menggunakan benda tertentu (misalnya telepon)
    ·    Dapat membuka salah satu bajunya sendiri (misalnya celana atau kaus).
    ·    Mulai susah makan / rewel/banyak maunya
    ·    Tidur siang satu kali.
    17 bulan
    ·      Mulai menggunakan 6 kata secara teratur
    ·      Senang bermain pura-pura (misalnya: bermain menjadi superman)
    ·      Senang mengendarai mainan.
    ·      Memberi makan boneka
    ·      Ucapannya mulai jelas
    ·      Dapat melempar bola dengan lebih baik.
    ·    Berjoget mengikuti musik
    ·    Dapat mengelompokkan mainan berdasarkan warna, ukuran atau benutknya
    ·    Dapat menendang bola ke depan.
    18 bulan
    ·      Mau membaca buku sendiri
    ·      Membuat coretan-coretan
    ·      Dapat membentuk kalimat dengan 2 kata (misalnya: mau makan)
    ·      Dapat sikat gigi dengan bantuan
    ·      Dapat menumpuk 4 balok.
    ·    Dapat melempar bola dengan ayunan yang tinggi.
    ·    Dapat membongkar pasang mainan
    ·    Mulai menunjukkan kesiapan untuk melakukan toilet training.
    19 bulan
    ·      Dapat menggunakan sendok dan garpu
    ·      Berlari
    ·      Melempar bola dengan ayunan kecil
    ·      Menikmati membantu orang-orang disekitar (misalnya menyapu, mengambil barang)
    ·      Mengerti hampir 200 kata
    ·      Dapat mengenali bila melakukan kesalahan (misalnya memanggil kucing sebagai ayam)
    ·    Dapat mencuci tangan dan mengeringkannya dengan bantuan orang lain.
    ·    Dapat menunjuk gambar atau benda tersebut ketika disebutkan namanya.
    ·    Dapat mengenali ketika ingin buang air kecil.
    20 bulan
    ·      Memberi makan boneka
    ·      Dapat mencopot bajunya sendiri
    ·      Dapat membuang benda dengan mencontoh orang lain (misalnya membuat sampah).
    ·      Belajar kata-kata baru 10 atau lebih dalam 1 hari.
    ·      Dapat menaiki tangga (namun mungkin tidak dapat turun)
    ·    Mungkin mulai mengeksplorasi alat kelaminnya.
    ·    Menggambar garis lurus.
    ·    Dapat menyebutkan beberapa anggota badannya.
    21 bulan
    ·      Dapat menaiki tangga
    ·      Dapat membuat tujuan yang mudah misalnya memutuskan untuk menaruh mainan ditempat tertentu
    ·      Melempar bola dengan ayunan tinggi/kuat
    ·      Menendang bola
    ·      Menyusun 6 balok
    ·    Menyebutkan nama gambar tertentu pada buku
    ·    Dapat menuruni tangga
    22 bulan
    ·      Menendang bola
    ·      Dapat mengikuti 2 instruksi yang diberikan padanya (misalnya ambil bolanya dan berikan ke ibu)
    ·      Dapat menyusun puzzle sederhana
    ·      Menggambar garis lurus
    ·      Menyebutkan beberapa anggota tubuhnya.
    ·     Dapat memakai baju yang longgar
    ·    Mungkin siap untuk tidur ditempat yang lebih besar
    ·    Memahami konsep kebalikan. Misalnya tinggi vs pendek
    23 bulan
    ·      Dapat menyebutkan gambar dalam sebuah buku
    ·      Dapat menggunakan 50-70 kata-kata.
    ·      Dapat membuka pintu
    ·      Dapat menyanyikan lagu/melodi sederhana
    ·      Mulai tertarik untuk bermain dengan anak lain.
    ·    Membicarakan diri sendiri (seperti apa yang disukai, tidak disukai)
    ·    Sering bertanya ’kenapa?’
    24 bulan
    ·      Dapat menyebutkan sedikitnya 6 anggota tubuhnya
    ·      Setengah dari perkataannya mulai dapat dipahami.
    ·      Dapat mengucapkan kalimat dari 2-3 kata
    ·      Berbicara tentang dirinya sendiri
    ·      Mengatur benda-benda berdasarkan kategorinya
    ·      Dapat berjalan menuruni tangga
    ·    Mulai mengerti konsep abstrak seperti ’nanti’ atau ’sebentar lagi’.
    ·    Mulai menyadari adanya perbedaan jender laki-laki dengan perempuan.
    ·    Belajar melompat.
    25-26 bulan
    ·      Dapat menyusun 6 balok
    ·      Cara berjalan lebih halus.
    ·      Menggunakan kata ganti orang seperti saya, kamu
    ·      Mencuci dan mengeringkan tangan sendiri.
    ·    Dapat mengucapkan kata-kata dengan jelas
    ·    Dapat menggambar garis vertikal.
    27-28 bulan
    ·      Melompat dengan kedua kaki
    ·      Dapat membuka pintu
    ·      Mengerti/memahami istilah. Misalnya besar, halus, dll
    ·      Menggambar garis vertikal.
    ·    Mulai mengenali alfabet.
    ·    Dapat berdiri dengan satu kaki. (keseimbangan)
    29-30 bulan
    ·      Menggosok gigi dengan bantuan orang lain
    ·      Mencuci dan mengeringkan tangan sendiri
    ·      Dapat menggambar lingkaran
    ·      Dapat berdiri dengan satu kaki (keseimbangan)
    ·    Dapat memakai kaus
    ·    Menyebutkan 1 warna
    ·    Menyebutkan 1 nama teman
    31-32 bulan
    ·      Dapat menyebutkan namanya sendiri
    ·      Menggambar lingkaran
    ·      Memakai kaus snediri
    ·      Dapat berdiri dengan satu kaki bergantian untuk beberapa saat.
    ·      Mengenali alfabet
    ·      Menggosok gigi sendiri
    ·    Menggunakan 2 kata sifat
    ·    Dapat menggambar silang
    ·    Dapat menunjuk benda bila orang lain menyebutkan fungsinya (misalnya bila ibunya bilang mana tempat untuk minum? Dia dapat menunjuk gelas)
    33-34 bulan
    ·      Dapat menyebutkan 1 jenis warna
    ·      Dapat menyebutkan 1 nama temannya
    ·      Dapat mengikuti percakapan sederhana.
    ·      Dapat naik dan turun tangga dengan kaki kanan dan kiri.
    ·      Mulai mengunakan istilah diatas, didalam, disana.
    ·      Perkataan sudah lebih jelas (75% dapat dimengerti).
    ·      Dapat menyusun 8 blok.
    ·    Dapat melakukan toilet training (diminta untuk pipis atau buang air besar) di siang hari.
    ·    Dapat menggoyang-goyangkan ibu jari (jempol).
    ·    Dapat mengekspresikan berbagai emosi (misalnya marah, senang, sedih, takut dsb).
    ·    Dapat menggambar stick figure (gambar orang yang terdiri dari lingkaran dan garis silang saja)
    35-36 bulan
    ·      Dapat mengenali kegunaan 2 benda
    ·      Dapat membuat kalimat yang terdiri dari 3-4 kata.
    ·      Dapat menyebutkan 2 kegiatan seperti melompat dan meloncat.
    ·      Dapat melompat di tempat dan melompati sesuatu.
    ·      Dapat mengikuti 2 atau 3 perintah/permintaan.
    ·      Dapat berpisah dari orang tuanya.
    ·      Dapat mengendarai sepeda roda 3.
    ·    Dapat berdiri diatas satu kaki dengan bergantian selama 3 detik.
    ·    Dapat berpakaian sendiri.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath Anniversary tickers

    Lilypie First Birthday tickers