Followers

Friday 15 June 2012

Mami, Saya Nak Mainan: Safety

Assalamualaikum semua,
Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry "Mami, Saya Nak Mainan: Skill Development". Dalam entry ini MT nak kongsikan pasal Safety atau keselamatan dalam memilih alatan mainan. Ia adalah salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan lebih2 lagi terhadap anak kita...Ini adalah hasil research MT berkaitan dengan Panduan mengelak kemalangan disebabkan alat permainan...sama2 lah kita manfaatkannya....supaya tidak menyesal di kemudian hari...

Panduan mengelak kemalangan disebabkan alat permainan

1. Pilih alat permainan selamat
- Sebelum membeli pastikan alat permainan sesuai dengan usia anak, minat dan tingkat kemahiran mereka.
- Apabila membeli baca label. Lihat bentuk, jenis bahan digunakan, ikuti panduan umur dan maklumat keselamatan yang tertera pada belakang kotak.
- Pastikan tiada benda kecil pada permainan yang boleh menyebabkan anak tercekik.

2. Periksa alat permainan yang boleh membahayakan kesihatan
- Periksa sekiranya alat permainan boleh rosak dan menjadi serpihan kecil sehingga menyebabkan tercekik.
- Segera perbaiki atau elakkan membeli alat permainan yang mudah rosak.
- Kanak-kanak tidak boleh bermain alat permainan bertali yang boleh menyebabkan mereka terjerut.
- Elakkan membeli alat permainan menggunakan elektrik bagi kanak-kanak di bawah usia lapan tahun.
- Alat permainan yang mempunyai hujung yang tajam boleh menyebabkan luka atau tertikam.
- Elakkan alat permainan mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan plumbum yang terdapat dalam cat.

3. Sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain
- Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain alat permainan bergerak, mempunyai bebola kecil, magnet, menggunakan bateri dan kuasa elektrik, bertali serta beroda yang boleh membahayakan mereka.

4. Pastikan alat permainan boleh digunakan dalam suasana selamat.
- Permainan bergerak tidak boleh digunakan berhampiran tangga, jalan raya dan kolam mandi. Ini kerana permainan ini boleh menyebabkan kematian dan kecederaan apabila kanak-kanak jatuh daripada alat permainan.
- Sentiasa berinteraksi dan membabitkan diri ketika anak-anak bermain kerana ini akan membuatkan permainan menjadi lebih bermakna.

5. Pastikan alat permainan disimpan di tempat selamat
- Ajar anak-anak untuk menyimpan alat permainan di tempatnya semula selepas bermain.

Cilok dari Inchek Google....pilihlah mainan yang selamat untuk anak kita..


p/s: Pastikan setiap mainan anak kita selamat dan ada tanda MC (Malaysia Conformity)

Sumber:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers