Followers

Monday 18 June 2012

Seindah Namamu

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?
 Hari ni MT kebosanan di rumah..Abi pergi kelas..(ye lah Abi kan part time student sekarang ni) dan Tasneem pula tidur....So, MT apa lagi ambil peluang ni berkhayal dan kenangkan memori daun pisang silam...terkenangkan memori masa preggy kan Tasneem...Itulah antara memori yang terindah yang MT tak dapat lupakan sampai bila2...terasa nak suruh Tasneem masuk balik dalam perut je..hahaha.boleh ke cam tu???

Once upon a time, 7 months preggy....my tummy was getting bigger and the little bun in the oven was always moving, playing and kicking.....i miss that wonderful moment....


Hah???Apa??Preggy adik Tasneem???hahaha....no...no...no....buat masa ni bukan masa yang sesuai...Lagipun banyak benda lagi MT nak kongsi dengan Tasneem dan banyak benda lagi Tasneem perlu belajar...So, MT nak tumpukan sepenuh perhatian pada Tasneem...(lagipun MT kan c'zer masa lahirkan Tasneem...sekurang2nya jarak 2 tahun untuk pulihkan tempat operate tu)...dan MT ada banyak perancangan yang nak dibuat bersama Tasneem serta dapatkan PHD in breastfeeding (mudah2an berjaya)...Tapi, andai kata perancangan Allah mengatasi perancangan kami...kami terima dengan hati yang terbuka...kerana sebaik2 perancangan, adalah perancanganNya...Dia yang Maha Mengetahui...

Masa preggy lagi MT dan abi dah carikan nama untuk bayi kami....Setiap kali scan, doktor kata jantina baby - gegel...dan naluri MT kata princess will coming..naluri keibuan terserlah dan selalu betul..hehe.....tapi abi macam nak boboy je (ye laa bila beli keperluan baby, abi tak bagi beli warna pink)....So, kami carilah 2,3 nama untuk gegel dan ada jugak nama untuk boboy...mana taw, kot2 doktor silap scan......ye la kan...rahsia Allah tiada siapa yang mengetahui...

Antara nama yang MT pilih untuk gegel ialah Wan Tasneem Amani, Wan Zara Rania atau Wan Amanda Tihani...tetapi nama2 tersebut perlu ditimbang tara (ye lah kalau triples leh guna semua nama tu....tapi ni single...So, satu je lah nama yang harus dipilih)  dan dikemukan ke mesyuarat PIBG dan akhirnya nama Wan Tasneem Amani telah memikat hempedu hati para juri....(bak kata nenek MT, nama tu lembut)..

Tasneem = Air terjun dalam syurga
Amani = ketenanganku
  
Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, merupakan suatu kesyukuran di atas nikmat Allah. Begitu jugalah dengan kurnian anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu bapa dalam menghadapi dugaaan yang pelbagai di dunia yang serba mencabar ini.
Andai kata Tasneem sudah pandai membaca, Mami dan Abi nak Tasneem tahu yang Tasneem adalah permata yang berharga untuk kami dunia dan akhirat...melalui Tasneem kami lebih belajar erti tanggungjawab dan lebih memahami erti kasih sayang ibubapa kami serta lebih menghargai pengorbanan mereka...Alhamdulillah, kami bersyukur di atas kurniaanMu ini, kami berjanji akan menjaga sebaik2nya amanatMu ini..Terima kasih Ya Allah..

Kami doakan Tasneem menjadi hambaNya yang selalu bersyukur di atas Kurniaan yang diberikan serta hamba yang sentiasa ingat kan Yang Maha Mencipta...kami berharap agar Tasneem menjadi seorang khalifah yang berguna kepada agama dan bangsa dan berjaya dunia dan akhirat..Kami juga berharap Tasneem menjadi anak yang solehah (yang boleh mendoakan kesejahteraan mami dan abi kelak) dan menjadi seorang  anak yang bertanggungjawab ..kami juga berharap semoga Tasneem menjadi seorang kakak yang penyayang, bertanggungjawab serta memberi tauladan yang baik buat adik2 (role-model)...

Wahai anakku, semoga sayang menjadi seorang yang menenang dan menyejukkan hati Mami dan Abi, seindah namamu sayang.....kami sayang Tasneem....No words can best describe how WE LOVE YOU..

Ya Allah....cantikkanlah akhlak dan peribadinya sebagaimana Engkau cantikkan rupa parasnya...Ameen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers