Followers

Thursday, 21 June 2012

Untukmu Sayang

Sajak ini MT nak dedikasikan untuk pengarang jantung hati MT....
siapa lagi kalau bukan  
Wan Tasneem Amani....

My Cik BamBam


Sayang,
Mami sentiasa ada bersamamu,
Tak kira waktu susah mahupun senang,
Mami sentiasa menyokongmu...

Dikala kau jatuh,
Mami ada disisimu untuk kau berpaut,
 Dikala kau sakit,
Mami ada untuk merawatmu,
Dikala kau sedih,
Mami ada untuk menenangkanmu,
Di kala kau gembira,
Mami juga tumpang gembira..
Ini kerana kesakitanmu,
Adalah kesakitanku...
Kesedihanmu adalah kesedihanku jua... 

Tapi sayang,
Seandainya menangis boleh buat kau tenang,
Menangislah sayang...
Menangislah sepuas hatimu ,
Mami nak kau tahu,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Seandainya kau tersilap percaturan,
Mami akan cuba perbetulkan,
Cukuplah kau tahu, 
Yang kasih dan sayangku hanya untukmu...

Wahai anakku,
Peganglah tanganku seeratnya,
dunia ini berputar ligat....


Yang Menyayangimu,
Mami



P/S: Maaf la kalau sajak ini tak menjadi....MT tak pandai nak bermadah2 pujangga ni apatah lagi bersajak...entah kenapa hari ni....buang tabiat agaknya MT ni... :)

Wednesday, 20 June 2012

Happy Birthday Abah

Hari ni 20 Jun 2012...
Hari ini salah satu hari yang istimewa buat MT,

Ulang tahun kelahiran Abah MT a.k.a Aki Tasneem yang ke 55..

♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪,
♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪,
♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to Abah/Aki♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy birthday to you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

Abah, 
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki, 
diberikan kesihatan yg baik, 
dan diberkati Allah.
Amin.

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”


Thank You Allah for giving me such an awesome Abah .

 ~Love you~

Tuesday, 19 June 2012

Milik Siapakah Parcel Ini?

Assalamualaikum semua...
Apa khabar? Harap2 semua sihat..

 Agak2 milik siapakah parcel ini?
Untuk siapa? Dari siapa?














Wah.....Tasneem got parcel??

Muka happy je....

 I'm so jealous..
Ye la..si kecik tenonet tu dapat parcel...Ini tak adil...
Ada sapa2 nak bagi MT tak? nanti MT pm alamat...haha

Sebenarnya 2 hari lepas Abi ada belikan something kat Tasneem  
secara online...
Ala.....siapa lagi nak bagi kat Tasneem kalau bukan Abi dia...
Kalau pakwe yang bagi...mau pengsan MT....kecik2 lagi dah berboyfie2 ni...
Abi pulak sejak2 ada girlfriend baru ni...asyik belikan hadiah untuk si dia je....
Agak2 apa ye si kecik ni dapat.....
Jom kita layan aksi si kecik dengan .................











Tasneem with new toys.. Musical Inchworm dan Jacque The Peacock..


Sebelum ni habis semua jari dimasuk ke dalam mulut. sekarang.........haha...keletahmu mencuit hati Mami..
Mana satu ni....nak main ke...nak tengok TV...MT just bagi Tasneem tengok channel Disney Junior dan TVIQ...
Mata dah ngantuk...tapi hati nak main dan tengok cartoon lagi...So, sebelum si kecik ni 'start enjin'....
Kena paksa tidur oleh Mami....tapi semua nak diangkutnya...Tapi, bila Tasneem dah nyenyak tidur...MT ambil toys dia semua...Takut lemas nanti....

Thanks abi...belikan toys untuk Tasneem..
"terima kasih daun keladi, nanti belikan lagi...."

P/S: kalau nak tengok lebih banyak mainan jenis lamaze leh klik LAMAZE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers