Followers

Tuesday, 12 June 2012

Pabila Tasneem Kembung Perut

Semalam Tasneem kembung perut...pening juga MT nak redakan masalah Tasneem ni...letak minyak telon tak jadi...dekat sejam lebih jugak MT layan Tasneem kembung perut..dah la time tu dah 1 pagi...habis perut, belakang, betis dan tapak kaki Tasneem, MT sapukan ubat, nasib tak mandikan Tasneem dengan minyak telon je...hahaha, ye la MT tak de pengalaman nak atasi masalah Tasneem ni....so, kena buat bijak sendiri lah..kesian sangat tengok Tasneem gelisah, tak boleh nak tidur dan perut keras..terpaksa la MT kejutkan Abi...ye laa nak minta tolong siapa lagi kan....tak kan nak call mak ayah kat kampung....

Time Abi tengah layan Tasneem dan sapukan ubat....MT baru terfikir nak google pasal bayi kembung perut......Alhamdulillah, cara tersebut berkesan dan banyak membantu....ni laa salah satu kepentingan Internet terutama Inchek Google..

Inilah hasil research MT semalam...semoga kita dapat manfaat bersama....


Definisi kembung perut(COLIC)
Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.

Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.
 *Tasneem ada simpton tak nak tidur dan perut keras..mujur laa dia tak nangis

Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.


Bagaimana mengatasi kembung perut
1) Sendawa
Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:
  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
2) Tuam perut
Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat
Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Ibu bapa boleh berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  1. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  2. Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  3. Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  4. Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  5. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
*MT aplikasikan kaedah ke3 kat Tasneem...Alhamdulillah berkesan...tak sampai 5 minit lepas tu terus Tasneem buang apa yang tak patut....Syukur...
Peringatan buat MT: MT kena elakkan makan makanan tertentu seperti kubis, brocolli, bunga kubis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu... (baru MT teringat yang MT ada masak sayur lemak...so dalam masakan tu ada kubis dan bunga kubis..patut pun Tasneem kembung perut....sorry sayang)

Sumber rujukan:-

Selepas tu, Tasneem tak nak dengan MT, MT try nak dukung dia, dia keraskan badan...try ngiringkan badan die...tapi dia palingkan muka, tetap pandang abi jugak....dan siap sembang dengan abi lagi (tapi dalam bahasa dia....mesti dia cakap terima kasih abi....tak pun dia kutuk MT lambat bagi pertolongan cemas kat dia) may be dia ingat kan MT penyebab dia sakit perut...
Inilah budak kecik yang jual mahal dengan MT

Tak pun Tasneem mesti fikir Abi dia dah jadi superhero....yelah, dan2 lepas abi bangun, sakit perut Tasneem berkurangan..tu pun lepas MT aplikasikan kaedah 3....Inilah yang dikatakan LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA...hahaha
Mesti Tasneem fikir Abi dia dah transform jadi salah satu Superhero ini

MT lagi suka kalau Tasneem nak dekat Abi...leh Abi tolong tidurkan Tasneem...dan dapat laa MT sambung tidur..tapi, esok Abi kena kerja...So, nak tak nak MT juga yang kena tidurkan Tasneem...ye lah time tu dah jam 3.30 pagi.....So, Mami juga kena tidur kan Tasneem...tadi jual mahal....

Bestnye Tasneem tidur....mesti qada' tidur semalam ni..

Monday, 11 June 2012

Tasneem Cuci Mata di ECM

First time Tasneem datang Kuantan, untuk Memenuhi Jemputan Kahwin kawan MT...alang-alang di Kuantan, Abi dan MT bawa Tasneem ke East Coast Mall (ECM)...
Cilok dari Inchek Google
Tasneem dan Abi...(MT tak suka tolak stroller/troli)

Sambil tu leh guna baucer Parkson yang company Abi hadiah kan untuk Tasneem sempena kelahiran Tasneem...tapi tak de barang yang berjaya mencuri hati kami....so, selamat la baucer tersebut....lagipun expired date December 2012....MT sekarang ni bila ada anak....lebih teruja nak cari barang anak dari barang sendiri....ye laa boleh jadi rambang mata kalau tengok pakaian baby....lebih2 lagi baby girl....biasalah anak sulung kan.......tu yang teruja lebih tu........hahaha

Alang2 sampai mall, kami servey diapers...mana tau ada sale....ye la harga Petpet diapers atau Huggies di Mesra Mall sangat mahal (araound rm40+) Kami ingin jadi pengguna yang bijak....di ECM abi beli Pampers PETPET....dari harga RM42 dapat RM32.90..so, abi grab 1 Pampers PETPET saiz M (80pcs)...

Lepas tu kami singgah di outlet F.O.C...haha....di sana MT grab rompers untuk Tasneem...sebenarnya bukan keperluan tapi tertipu teruja tengok 3helai rm30........biasa lah...MT ni pantang tengok sale mula laa hilang kewarasan pertimbangan (abi pulak bagi green light - lagi laa MT bertambah2 teruja) antara keperluan dan Kehendak Sale...hahahaha...
Tapi...ada kisah kelakar...walaupun nak murah tapi kalau nak rugi..rugi jugak.....
Inilah rompers yang MT sambar.....
This is my little black dress (baju pertama Tasneem warna hitam)
If You Think I'm Pretty You Should See My Mommy (betul tu!!!hahaha)
Inilah 3 helai Romper hasil MT beli.....Nak tau apa yang MT kata rugi tu..
-
-
-
-
 -
 -
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Korang nampak tak gambar di romper tu....alahai, kalau nak rugi,rugi jugak kan...Agak2 boleh tak dipakai...atau kena otter...MT tak perasan langsung pic ni...MT main sambar je sebab masa ni abi dah panggil sebab si kecik dah nak menangis...MT ambik je laa yang ni...sebab dalam banyak2 ni lah yang antara warnanya yang ceria...yang lain banyak warna putih....

Dalam Jam 6 lebih jugak kami keluar dari ECM...keluar je dari parking lot...nampak Manjaku buat sale...kami apa lagi ke Manjaku...sambil servey harga diapers dan MT cari food feeder untuk Tasneem...lagi 2 bulan lebih MT nak kenalkan Tasneem dengan makanan...tapi,yang ada di Manjaku, bukan yang jenis silikon....

Abi sambar Huggies dry saiz M (80pcs)...ok la harga dia...pek nilai RM34.90 tapi kat Manjaku RM28.90...

Diapers Tasneem

MT cari baby food feeder jenis silicone..

Cilok dari Inchek Google

tapi, yang ada di Manjaku jenis ni
Cilok dari Inchek Google

Takpelah....banyak masa lagi nak cari.........Thanks Abi sebab sentiasa bagi sokongan dan dorongan tak kira dari segi kewangan atau nasihat2 yang berharga kat MT....Tak sabarnya MT nak tunggu Tasneem 6 bulan...dalam planning nak bagi Tasneem home-made solid food dan juga nak breastfeed Tasneem sampai Tasneem 2 tahun....Semoga niat murni MT berhasil...Kira2 jam 9.30malam juga kami sampai rumah...

Memenuhi Jemputan Kahwin

Semalam bersamaan 9 Jun 2012, kami sekeluarga ke Kuantan bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan MT...Sukri Sazlan di Kampung Balok, Kuantan...
Lama dah MT tak manulis atau bercerita.......sejak habis belajar ni dan memegang title fulltime housewife.....terasa kekok pulak, tapi tak pe lah..kita teruskan je lah ye...layan kan saja....

Kesian Tasneem tengah2 syok tidur, kena paksa bangun oleh MT....
Bestnya dia tidur....Mesti mimpi best ni....
 
Lepas tu pulak terpaksa tunggu abi bersiap....semua gara2 malam tu abi layan bola euro2012...
Lambatnya abi ni....

Sampai tertidur Tasneem tunggu abi bersiap.....
Sambung mimpi balik lah
Kami bertolak ke Kuantan pada jam 10.30pagi......tetapi singgah rumah kawan MT dulu, Raja Norzafirah (raja) untuk ambil hadiah yang nak dikirimkan ke pengantin... Raja tak dapat hadir ke majlis tersebut di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...ketika itu raja sedang bergumbira bersama family di Melaka Wonderland....(bila la ye abi nak bawak kami ke sana)...sempat laa jugak sembang dengan mak Raja...Mak Raja sempat berpesan kat kami terutamanya Abi supaya berhati2 memandu...sebab semalam anak dia a.k.a abang raja terlibat kemalangan di Chukai Kemaman....(terima kasih makcik atas peringatan) Abi, dengar tu.....
Hati2 drive ye abi
Selepas tu kami singgah di Mesra Mall untuk belikan hadiah buat pengantin (walhal 2 hari sebelum tu kami dah pergi ke Mesra Mall untuk nak cari hadiah sambil beli barang dapur...........tapi, tak sempat...sebab Tasneem dah meraung 1 Mesra Mall kerana mengantuk............apa tak nya, pukul 9.30 malam masih shopping....sape tak hangin kan...time tidur Tasneem kan..)

Kat Mesra Mall....buat pertama kalinya Tasneem dapat jumpa dengan Aunty Ina, Aunty Fiza, Mummy Der, dan Aunty Dila......
Tasneem dengan Aunty Ina
 Selepas tu, kami bertolak ke tempat kejadian di Kg Balok.......
Abi, lambat lagi ke sampai....saya dah bosan dah ni.......
Kira2 jam 1.30ptg, kami sampai di Majlis Syuk.........mula2 sampai tu, Tasneem menangis....happy menggelabah jugak MT nak tenang kan anak dara sorang ni ..may be disebabkan dengan ramai orang (ye laa hari2 ngadap muka MT dan abi je, kira cam culture shock terkejut pun ada) dan dengan cuaca panas (Tasneem kan cam Puteri Lilin, pantang panas sikit mula laa start enjin)....Sampai tak dapat MT nak ambil gambar bersama diorang semua.....
MT tak dapat join....elok je duduk nak bergambar....Tasneem dah start enjin... :(

Tapi, nasib laaa juga ada kenangan bergambar dengan pengantin...
Selamat Pengantin Baru Syuk dan Pasangan...semoga berbahagia hingga ke syurga dan cepat2 bagi Tasneem kawan..
Di sana dapat laa juga jumpa Lan, Azam, Amin dan Joe.......tapi tak sempat nak jumpa Meru dan Denk...

Oklah...Sorry laa kalau cerita ni tak menarik.....Jom kita layan cengkerama ceritera gambar yang tak seberapa ni (tak dapat MT nak snap gambar banyak2)...

Lepas makan, kira2 dalam pukul 3 lebih, kami beransur beredar...gara2 tasneem start menangis mengantuk dan lapar...cian anak mami..
Selepas tu, kami bawa
Tasneem Cuci Mata di ECM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers