Followers

Wednesday, 15 August 2012

Persediaan MT untuk Tasneem (6bulan+)

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

  • Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yang tinggi
  2. Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sebagai sumber tenaga
  3. Zat besi bagi mencegah anemia


Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN


Minggu 1

Tekstur
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI

Minggu 2-4


Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)


7 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju


9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)



    Kredit to http://herneenazir.com/ dan http://ekinata.blogspot.com/

    Sunday, 29 July 2012

    Tasneem 5 bulan dah

    Assalamualaikum..
    Salam semua...
    Sedar tak sedar, dah 9 hari kita berpuasa.....Alhamdulillah....MT masih lagi berkemampuan untuk berpuasa sambil menyusukan Tasneem.....Walaupun kadang-kadang tak sampai separuh hari perut dah berkeroncong....dan kadang-kadang rasa tersangat laa dahaga dan kadang-kadang terasa seperti kehabisan tenaga....Bagi MT ini semua dugaan bagi ibu-ibu yang menyusu dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim di samping menjalankan tanggungjawab terhadap si kecil...Besarkan pengorbanan seorang ibu.......

    26hb Julai genab umur Tasneem 5 bulan dan kena inject untuk DTaP/DT (dos3), Hib (dos3) dan IPV (dos3).....Tapi baru semalam 28 Julai baru berkesempatan bawa Tasneem ke klinik...Sebelum ni setiap kali nak ke klinik...klinik dah tutup.....ye laa kan bulan puasa...waktu siang sampai jam 3ptg beroperasi...tapi abi bawa ke klinik  jam 4 petang...sebelum ni MT bawa Tasneem ke KK je...

    Selama 2 hari sebelum ke klinik, MT perhatikan Tasneem macam seperti orang susah hati bila diberitahu yang dia nak kena inject...
    Asyik duk termenung je...macam tengah fikirkan sesuatu....
    Tapi time kena inject...Tasneem tak menangis pun apatah lagi bunyi suara...cool je anak mami ni...sampai doktor pun hairan...siap tanye lagi...sebelum ni kena inject nangis tak..... of coz laa nangis....walaupun nangis ala2 manja gitu.....sedar tak sedar dah 5 bulan dah Wan Tasneem Amani...lagi sebulan dah boleh makan.... :)

    Agak2 Apa Laa Yang Tasneem Fikirkan...
    - 5 months old -

    Saturday, 21 July 2012

    Marhaban Ya Ramadhan

    Assalamualaikum..
    Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam..Semoga kita semua akan dilimpahi barakah dan rahmat serta keredhaanNya...Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya...



    Alhamdulillah, tahun ni (2012) first day puasa, MT tak bersahur dan berbuka keseorangan...gumbiranya, ...dan inilah pertama kali MT dapat sambut 1st day puasa dengan abi dan Tasneem...kalau tak, berbuka dan bersahur untuk 4 hari ni MT keseorangan....sebab hari ni abi sepatutnya ada kelas di kuala terengganu dan hari ni 1st day abi kerja (abi kan keje shift, 2hari siang 2 hari malam, 4 hari off - tu pun kalau tak ada oncall)...kalau abi pergi kelas hari ni..jawabnya dia kena masuk kerje shift malam sebab tak ada orang nak gantikan kalau dia apply cuti...tapi abi lebih rela ponteng kelas untuk hari ni demi menemani isteri terchenta bersahur dan berbuka...terima kasih abi...terharunya......

    Semalam teruja sangat nak berpuasa sampai tak boleh nak lelap kan mata...tak tau lah pukul berapa baru leh lelap....yang paling best, untuk bersahur MT buat nasi ayam....semua dah siap...tunggu nak goreng ayam je...MT kunci jam pukul 4.30 pagi....nak bangun goreng ayam dan siapkan hidangan....ingat pukul 5 pagi baru nak kejutkan abi...tapi cam mana laa kami boleh tak dengar bunyi alarm....nasib baik nanny Tasneem call...memang terkejut laa...tengok jam dah pukul 5.20 pagi...So, kami bersahur ala kadar je lah....nasi ayam nampaknya akan jadi hidangan tuan empunya nama laa..

    Menu bersahur 1st day puasa: ROTI, KURMA, KISMIS, FRESH MILK dan CHOCOLATE MILK

    Jom kita sama-sama niat puasa,
    #dari Inchek Google (maaf ye kalau kabur)

    Lepas sahur, abi siap gelak2 lagi...tu lah cakap besar sangat.....sebelum ni MT pernah cakap tak pe sahur makan roti je, dah cukup...abi pulak cakap, dia dah ok dah kalau sahur ambik 3 biji kurma je....hahaha.....sekarang Allah dah makbulkan....Dugaan untuk MT di hari pertama puasa...harap2 MT dapat bertahan berpuasa sambil menyusukan Tasneem....So, think positif.....

    Nak makan apa ye berbuka nanti????

    "Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma."  (HR Abu Dawud 2/303, Ibnu Hibban 223, Baihaqi 4/237)


    Selamat berpuasa dan berterawih...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath Anniversary tickers

    Lilypie First Birthday tickers