Followers

Tuesday 12 June 2012

Pabila Tasneem Kembung Perut

Semalam Tasneem kembung perut...pening juga MT nak redakan masalah Tasneem ni...letak minyak telon tak jadi...dekat sejam lebih jugak MT layan Tasneem kembung perut..dah la time tu dah 1 pagi...habis perut, belakang, betis dan tapak kaki Tasneem, MT sapukan ubat, nasib tak mandikan Tasneem dengan minyak telon je...hahaha, ye la MT tak de pengalaman nak atasi masalah Tasneem ni....so, kena buat bijak sendiri lah..kesian sangat tengok Tasneem gelisah, tak boleh nak tidur dan perut keras..terpaksa la MT kejutkan Abi...ye laa nak minta tolong siapa lagi kan....tak kan nak call mak ayah kat kampung....

Time Abi tengah layan Tasneem dan sapukan ubat....MT baru terfikir nak google pasal bayi kembung perut......Alhamdulillah, cara tersebut berkesan dan banyak membantu....ni laa salah satu kepentingan Internet terutama Inchek Google..

Inilah hasil research MT semalam...semoga kita dapat manfaat bersama....


Definisi kembung perut(COLIC)
Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.

Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.
 *Tasneem ada simpton tak nak tidur dan perut keras..mujur laa dia tak nangis

Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.


Bagaimana mengatasi kembung perut
1) Sendawa
Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:
  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
2) Tuam perut
Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat
Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Ibu bapa boleh berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  1. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  2. Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  3. Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  4. Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  5. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
*MT aplikasikan kaedah ke3 kat Tasneem...Alhamdulillah berkesan...tak sampai 5 minit lepas tu terus Tasneem buang apa yang tak patut....Syukur...
Peringatan buat MT: MT kena elakkan makan makanan tertentu seperti kubis, brocolli, bunga kubis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu... (baru MT teringat yang MT ada masak sayur lemak...so dalam masakan tu ada kubis dan bunga kubis..patut pun Tasneem kembung perut....sorry sayang)

Sumber rujukan:-

Selepas tu, Tasneem tak nak dengan MT, MT try nak dukung dia, dia keraskan badan...try ngiringkan badan die...tapi dia palingkan muka, tetap pandang abi jugak....dan siap sembang dengan abi lagi (tapi dalam bahasa dia....mesti dia cakap terima kasih abi....tak pun dia kutuk MT lambat bagi pertolongan cemas kat dia) may be dia ingat kan MT penyebab dia sakit perut...
Inilah budak kecik yang jual mahal dengan MT

Tak pun Tasneem mesti fikir Abi dia dah jadi superhero....yelah, dan2 lepas abi bangun, sakit perut Tasneem berkurangan..tu pun lepas MT aplikasikan kaedah 3....Inilah yang dikatakan LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA...hahaha
Mesti Tasneem fikir Abi dia dah transform jadi salah satu Superhero ini

MT lagi suka kalau Tasneem nak dekat Abi...leh Abi tolong tidurkan Tasneem...dan dapat laa MT sambung tidur..tapi, esok Abi kena kerja...So, nak tak nak MT juga yang kena tidurkan Tasneem...ye lah time tu dah jam 3.30 pagi.....So, Mami juga kena tidur kan Tasneem...tadi jual mahal....

Bestnye Tasneem tidur....mesti qada' tidur semalam ni..

2 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal perut kembung... sharing is caring :) - Masalah Perut Kembung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers