Followers

Thursday 21 June 2012

Untukmu Sayang

Sajak ini MT nak dedikasikan untuk pengarang jantung hati MT....
siapa lagi kalau bukan  
Wan Tasneem Amani....

My Cik BamBam


Sayang,
Mami sentiasa ada bersamamu,
Tak kira waktu susah mahupun senang,
Mami sentiasa menyokongmu...

Dikala kau jatuh,
Mami ada disisimu untuk kau berpaut,
 Dikala kau sakit,
Mami ada untuk merawatmu,
Dikala kau sedih,
Mami ada untuk menenangkanmu,
Di kala kau gembira,
Mami juga tumpang gembira..
Ini kerana kesakitanmu,
Adalah kesakitanku...
Kesedihanmu adalah kesedihanku jua... 

Tapi sayang,
Seandainya menangis boleh buat kau tenang,
Menangislah sayang...
Menangislah sepuas hatimu ,
Mami nak kau tahu,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Seandainya kau tersilap percaturan,
Mami akan cuba perbetulkan,
Cukuplah kau tahu, 
Yang kasih dan sayangku hanya untukmu...

Wahai anakku,
Peganglah tanganku seeratnya,
dunia ini berputar ligat....


Yang Menyayangimu,
Mami



P/S: Maaf la kalau sajak ini tak menjadi....MT tak pandai nak bermadah2 pujangga ni apatah lagi bersajak...entah kenapa hari ni....buang tabiat agaknya MT ni... :)

12 comments:

  1. pinky tasneem...chomell sgt..:)

    ReplyDelete
  2. salam kenal dr mamyharraz :)

    alahai indahnya bait-bait kata utk si comel :)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.. Alahai chumelnya dia

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Tasnem, terima kasih sudi follow akak dan tepek link kat sini...hehe...blog biasa2 tu.

    Cutenya cik BamBam tu, jgn panggil sampai besar ye...nanti tembam sampai ke anak dara pulak, gurau je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal akak....blog akak mmg cantik...
      bila akak cakap cam tu takut pulak saya dengar....nmpaknya ena stop laa panggil bambam.. :)

      Delete
  5. comeynye tasneem nanti besar teruskan blog mama nie tau.. hehe ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers